Monday, 22 April 2013

9 hari lagi

cepat masa dah tinggal 9 hari je lagi untuk aku berpoya poya habiskan masa dan zaman bujang puas puas, nanti dah nikah semua banda mesti utamakan suami baru berkat hidup , sebelum nikah kita semua benda buat mesti ada EMAK EMAK EMAK KELURGA nanti dah lepas nikah tambah sorang lagi iaitu SUAMI hihihi rasa teruja sebenarnya nak jadi isteri orang..

selalu baju semua akak ipar yang basuhkan sebab adik ipar dia neh busy tak sempat basuh baju melainkan baju yang aku sayang ha aku gagahkan jugak lah untuk basuh tangan.hahaha kitaorang kalau kat rumah ada tugas masing masing so tak de istilah buli ataupun pilih kasih yek.. macam aku bab bab basuh baju memang aku malas dan yang paling penting aku tak sempat sebab pagi pagi aku dah kena ada kat kedai nak niaga..so bab basuh baju akak ipar ambik alih, aku punya masak memasak, kemas rumah ha gitu jelah

so lepas neh dah nikah mungkin aku kena sediakan bakul dalam bilik untuk kami, aku dan suami letak baju lepas tu baru basuh sendiri sendiri .
pasal masak takde masalah kowt aku selalu masak untuk makan tengahari je selalu memang lauk akan ada sampai malam. hehehe
kemas rumah tiap tiap minggu memang aku kemas kalau hari biasa ada jugak akak ipar aku tolong sapu sikit sikit.

di sebabkan rumah si suami masih dalam pembinaan so kami cadang nak tinggal dengan keluarga aku je dulu sampai siap rumah, semua dalam perancangan la tengok mana yang okey kalau tengok kesian kat suami ulang alik gi kerja mungkin kami pindah tempat dia kerja je senang, lagipun tempat tu besar hikhik paling penting aku boleh ada dengan dia je memanjang.
nasib baik lah kami semua neh rumah tak jauh mana dalam kelantan neh je pape hal senang ulang alik je.lepas neh aku kena la belajar kereta balik hihi senang nak keluar mana mana.

No comments:

Post a Comment