untuk malam lusa HAHA okey terima kasih untuk kedatangan jodoh nanti , *werkkk ayat*
selama 23 tahun aku ada , aku membesar, aku hidup, aku selalu harap setiap hubungan aku dengan sesiapa yang aku pernah kenal pernah sayang berakhir dengan sebuah perhubungan yang halal. sebab??
haha aku sangat sangat sayangkan semua insan insan yang pernah aku kenal dulu! ye dulu ! hehe bukan sekarang!
! sedih okey sedih ! ada tu aku kenal bertahun tahun tapi sekelip mata je dia ada 'kawan lain' lucu kan hidup.
ada jugak yang aku kenal tapi rasa macam dah berpuluh puluh tahun kenal haha okey melampau aku nya ayat tapi tu la aku cuba jelaskan, akhirnya macam macam konflik ada mungkin betul itu petanda jodoh kami tak panjang. sejujurnya berbekas sangat sangat dalam hati aku neh.
tpi aku cuba lupakan semua tu dan mulakan sesuatu yang baru dan akhirnya aku temui insyaallah jodoh neh yang terakhir dalam hidup bakal suamiku ..hehe
kami tak pernah kenal sebelum neh, tak pernah terfikir untuk bernikah dalam masa yang sangat sangat pantas
kami di temukan , lepas dia datang rumah malam tu maybe bulan 2 kowt, so kami sepakat untuk teruskan pertunangan, kami ambil masa sebulan untuk bertunang dalam tempoh sebelum tunang tu ada jugak hal hal yang buatkan aku down untuk teruskan pertunangan , dugaan kan ,ada sampai satu tahap aku betul betul tawar hati memang taknak bertunang, tapi tu la orang cakap jodoh kami kuat , akhirnya bertunang jugak dengan riang ria nya pada tarikh 30/3/2013 kami di satu kan sebagai TUNANG !
kami bertunang tak lama lebih kurang sebulan je , dugaan tak banyak la tapi tetap ada haha cuma masing masing pon da kenal sikit sikit hati budi so ada salah faham selesaikan cara baik^^,
tunggu punya tunggu malam lusa insyaallah 1/5/2013 rabu malam khamis kami akan di satukan sebagai suami isteri dan keesokannya khamis kami akan bersanding, insyaallah jika betul dia jodoh aku , semuanya akan berjalan seperti yang di rancangkan , harap nya di permudahkan segala perancangan dan mudah mudahan selepas neh kami akan sama sama melengkapi antara satu sama lain, permudahkan segala perjalan kami yang baru bermula neh ya allah !~
No comments:
Post a Comment